KOREA - 2nd Day - Nami Island
Alhamdulillah...hari ke-2 jadual perjalanan kami adalah untuk ke Nami Island dan Petite France, cadangan awal untuk bergerak seawal pukul 7am ke Nami Island jauh tersasar...akibat kepenatan dan perubahan cuaca kami memulakan perjalan ke Nami Island pada pukul 10pagi setelah bersarapan dihotel berbekalkan makanan yang ada..
Stok seminggu kami dah macam stok duduk sebulan...sudah nyer tidak habis kami sedekahkan kepada kawan yang tinggal di Korea.
Perjalanan ke Nami Island daripada Hoehyeon station memakan masa 1jam 56minit dengan kadar kos 2,250 won..dengan 3 kali pertukaran train..tapi malang nyer bagi kami yang baru tiba semalam dan masih belum pandai line2 subway di korea kami telah tersalah menaiki train Gyeongui Jungang di Sangbong..train yang sepatutnya kami naiki adalah Gyeongchun untuk ke Bas Station ke Nami Island..mujur la akak terperasan semasa di Yongwon Station..jadi kami hanya perlu berpatah balik 1 station sahaja..bagaimanpun ia telah menambahkan kelewatan kami untuk sampai ke Nami Island...
Arah subway menggunakan Apps KakaoMetro..sangat memudahkan urusan kami disana. Bukan pelancong sahaja yang menggunakan apps untuk train di korea...tp orang korea pun sama.
Setelah sampai di Gapyeong Station kami keluar dan terus ke tempat bus stop di bahagian luar bangunan berhampiran dengan bangunan Tourist Information. Kebetulan masa kami baru sampai bas telah pun berjalan..jadi kami perlu menunggu bas seterusnya...masa menunggu sekitar 20minit.
Jadual perjalanan bas korang boleh tengok di papan board sebelah bus stop. Harga tiket bas ke Nami Island adalah 6,000won. Kami menggunakan kupon daripada KTO dan hanya perlu membayar 2,500won sahaja untuk perjalanan pergi dan balik..jimat bukan..
Kaunter tiket Visa untuk ke Nami Island harga tiket 8000won
Lepas beli tiket kami terus ke bot untuk ke Nami island...kami orang terakhir yang naik ke sana sebab kebetulan masa kami sampai boat sudah ada dan hanya tinggal menunggu penumpang... Yeehhh..tak smpai pun 10minit dah smpai ke Nami Island... jom tgok sikit gambar akak belanja sepanjang disana...dapat la bermain salji kejap...rasa nyer mungkin salji yang dikumpulkan dan diletakkan disitu untuk mereka yang nk merasa bermain salji..heheh..
Ada burung Unta la....tapi kami lalu je...
Cantik sangat view kat sini...so beutiful..agak nyer kalo musim bunga mesti lagi cantikkan...kami pergi time hujung winter..jadi pokok2 banyak yang dah kering...tapi xkesah lah...yang penting pemandangan nyer tetap cantik..
Dah penat berjalan di dalam Nami Island nie perut pun sudah terasa lapar..jadi kami mengambil keputusan untuk makan tengahhari disini...jadi mula la misi mencari kedai halal..kat sini memang ada je kedai makanan halal...alhamdulilah senang hati kami.
Asian Cuisine menyediakan makanan halal untuk pengunjung muslim..
Antara menu yang ada..
Lapik kertas nyer siap ada peta Nami Island lagi..
Ini dia makanan tengahhari utk akak...Rice with Spicy Stir fried Octopus & Vegetable memang kenyang tahap max..
Dah kenyang makan kami sambung berjalan di sekitar Nami Island sehingga pukul 4pm mamandangkan kami perlu ke Petite French selepas tu...jadi kena la cepat2..al maklumlah pagi tadi dah terlajak tido dengan tersalah jalan nyer...masa agak singkat.
Untuk ke Petite French kami perlu menaiki bas yang sama ditempat kami diturunkan tadi...Kami sampai di Petite French pada pukul 5 lebih tapi malang nyer...kami tidak dapat masuk kerana pintu masuk untuk ke dalam dah di tutup..jadi kami hanya dapat bergambar di depan pintu sahaja...huhahaha...so sad..next time kena pergi lagi nie...
Untuk makluman admission ke Petite France dibuka daripada pukul 9am - 6pm kemasukan terakhir adalah pada pukul 5 ye..kalau tak jadi lah macam kami..heheh..
Memandangkan kami tidak dapat masuk ke dalam jd kami duk je la kat luar lepak, jumpe dengan ahjusshi jual strawberry kat situ.. strawberry kat sini manis manis dan besar wehhh..tunggu sampai bas ke Gapyeong station sampai..last bas pukul 650 disana..kami naik bas yg terakhir...
Kejadian paling ngeri time balik tu..akak n ina mabuk..menguweekk la akak dlm bas tu..mujur ade plastic strawberry td..kalo tidak menagis ahjusshi nk bersihkan bas tu..sape suruh bawak laju2 kat jalan berpusing2 mcm genting tu..masa pergi td ok je...nie semua ahjusshi punyer pasal..heehehhe...
Maka malam tu pulanglah kami ke hotel dan makan malam...masak sendiri bekalan yg ada..dengan harapan semoga perjalanan esok di permudahkan.
Note : Jarak diantara Nami island dan Petite France adalah sekitar 30minit perjalanan menaiki bas dan kedudukan nyer adalah diatas lagi daripada tempat berhenti ke Nami Island. Nasihat daripada kawan akak adalah lebih baik pergi ke Petite France terlebih dahulu dan setelah itu baru lah ke Nami Island. Yang paling penting lagi..sila keluar awal dan set timer supaya korang tidak leka untuk satu2 tempat..sebab takut nti ada pulak yang tertinggal bas or boat utk balik ke Gapyeong station. Sebab orang korea nie sangat menepati masa.


















Comments
Post a Comment